fbpx

Penyamun kempunan samun kedai emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penjenayah bersenjatakan pistol palsu gagal menyamun sebuah kedai emas dalam kejadian di Dataran Palma, Lahad Datu pagi tadi.

LAHAD DATU – Seorang penjenayah bersenjatakan pistol gagal menyamun sebuah kedai emas dalam kejadian di Dataran Palma pagi tadi.

Suspek lelaki yang memakai topi serta pelitup muka itu dikatakan datang ke arah kaunter kedai emas terbabit sewaktu pengurus premis sedang berkemas bagi memulakan perniagaan sekitar pukul 8.39 pagi.

Lelaki itu kemudiannya mengacukan sepucuk pistol disyaki palsu ke arah pengurus berkenaan.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dr Rohan Shah Ahmad berkata, suspek turut menyerahkan satu beg kain berwarna merah dan menyuruh mangsa memasukkan barang kemas ke dalam beg tersebut.

“Bagaimanapun, tindakan berani mangsa yang membaling sebatang besi pengukur saiz cincin ke arah suspek berjaya menggagalkan cubaan samun terbabit. Sepasukan anggota terus bergegas ke lokasi selepas menerima maklumat berhubung kejadian samun itu.

“Polis sedang giat mengesan suspek iaitu seorang lelaki berbadan gempal, mempunyai ketinggian kira-kira 167 sentimeter dan berusia awal 40-an berdasarkan siasatan pada televisyen litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 393/397 Kanun Keseksaan kerana cubaan merompak menggunakan senjata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI