fbpx

Pelabuhan Bintulu diserah kepada Sarawak Jun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Uggah menyampaikan cenderahati kepada Loke selepas mesyuarat Jawatankuasa Bersama Persekutuan - Negeri di Kuching, hari ini.

KUCHING – Kerajaan Persekutuan dijangka menyerahkan Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak pada Jun ini.

Perkara itu dimaklumkan Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak menerusi satu kenyataan bersama selepas ia diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Bersama Persekutuan-Negeri di sini, hari ini.

Mesyuarat itu dipengerusikan bersama oleh Timbalan Premier merangkap Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

“Kesepakatan telah dicapai bagi memuktamadkan penyerahan Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak pada Jun 2024,” katanya.

Tambah kenyataan tersebut, susulan itu, Kementerian Pengangkutan akan membentangkan Rang Undang-Undang pemansuhan Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu 1981 pada sesi persidangan Parlimen kelak.

Pada masa sama, katanya, bagi memastikan operasi Pelabuhan Bintulu tidak terkesan dan terganggu oleh proses penukaran status, Sarawak akan mewujudkan Lembaga Pelabuhan Bintulu (Sarawak) di bawah Ordinan Lembaga-Lembaga Pelabuhan 1961.

“Memorandum Persefahaman (MoU) akan ditandatangani pada Februari ini bagi merealisasikan penyerahan Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI