fbpx

[VIDEO] ‘Terkilan tidak dapat mengiringi Allahyarham Hamdan buat kali terakhir’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERIKAT dengan tugas sebagai hos Pentas Marhaban, Shamsul Ghau Ghau tak dapat beri penghormatan terakhir buat Allahyarham Hamdan yang dikebumikan di Ipoh, Perak, Jumaat lalu.

KUALA LUMPUR – PELAKON dan pengacara, Shamsul Ghau Ghau terkilan tidak dapat menghadiri majlis pengebumian sahabat karibnya, Allahyarham Hamdan di Ipoh, Perak pada Jumaat lalu.

Menurut Shamsul, dia tidak dapat memberi penghormatan terakhir kerana terikat dengan komitmen sebagai pengacara program Pentas Marhaban.

“Terkilan sangat kerana tidak ada bersama dengannya buat kali terakhir.”

“Saya sedih sebab terpaksa menjalani latihan untuk Pentas Marhaban pada hari Jumaat. Arwah meninggal dunia sekitar 12.50 tengah hari pada hari sama dan perjalanan ke Ipoh memakan masa dua jam.

“Ikutkan saya mahu ke Ipoh selepas kerja. Namun, jika saya pergi tetap tidak sempat kerana semua urusan pengebumian telah selesai. Walaupun saya tidak dapat pergi, saya minta rakan-rakan lain tolong update. Dapat juga saya tengok,” ujar Shamsul.

Shamsul atau nama sebenarnya, Shamsul Azahar Aliddin, 55, menjelaskan dia masih lagi dalam keadaan terkejut kerana tidak pernah tahu Hamdan menghidap penyakit kritikal.

“Saya tidak tahu dia sakit dan dia juga tidak tahu dia sakit. Bahkan, ketika Hamdan dan ahli Senario lain berada di Johor, mereka sentiasa update aktiviti termasuk ketika makan pada waktu tengah hari dalam group WhatsApp ‘Family Senario’.

“Jadi, apabila dia masuk hospital sebab sakit perut tetapi sebenarnya kerana masalah buah pinggang seterusnya ditidurkan saya sangat terkejut,” tutur Shamsul.

Tambah Shamsul, perkenalan selama 28 tahun iaitu sejak 1995 ketika dia menjadi pengacara program Sinaran Pasport Kegemilangan menyebabkan hubungan mereka sangat rapat.

Kongsi Shamsul, sejak penubuhan kumpulan Senario pada 1996 bersama Hamdan, Azlee, Mazlan , Ilya, Wahid dan Farouk Hussain banyak detik manis yang dicipta bersama.

“Kami cukup rapat sebab buat semua benda bersama-sama. Makan, tidur dan kerja pun bersama sehinggalah Hamdan mengambil keputusanberunur daripada Senario pada 1997.

“Memori banyak yang manis-manis sahaja. Kami kalau berjumpa ada ‘habit’, saya akan memanggil Hamdan dengan gelaran cikgu, dia pun memanggil saya cikgu tambahan. Umur kami tak jauh, saya 55, Hamdan pula 54, tetapi Allah lebih sayangkan dia,” tutur Shamsul.

Shamsul yang ditemui usai program Pentas Marhaban peringkat akhir pada Sabtu lalu turut mendedahkan kali terakhirdia bersua dengan Allahyarham adalah sebulan yang lalu menerusi siaran langsung bersama di aplikasi TikTok.

Pada 31 Disember lalu, Hamdan atau nama sebenarnya, Ahmad Hamdan Mohamed Ramli terpaksa ditidurkan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru selepas disahkan ada jangkitan kuman dalam darah.

Selain itu, doktor turut memaklumkan Hamdan ada masalah lemah jantung dan paru-paru berair.

Hamdan berada di Johor Bahru bersama anggota Senario yang lain untuk menjayakan acara Wonderful Night With Senariounion sempena ambang tahun baharu 2024. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI