fbpx

Tiga lelaki ditahan, pandu kereta ketika mabuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis menahan tiga pemandu mabuk dalam Operasi Mabuk yang dijalankan pada Jumaat dan Sabtu.

AMPANG – Seramai tiga lelaki mabuk ditahan secara berasingan dalam Operasi Mabuk di Jalan Pandan Indah dan Jalan Pandan Utama, di sini, pada hari Jumaat dan semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya menahan dua individu berusia 50an di Jalan Pandan Indah, di sini, pada malam Jumaat.

“Seorang lelaki warga emas berusia 65 tahun ditahan ketika sekatan jalan raya sekitar Jalan Pandan Utama, di sini, malam tadi.

“Ketiga-tiga individu ini ditahan atas kesalahan memandu kenderaan bermotor dengan kepekatan alkohol melebihi had yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, individu ini bersama-sama dengan kenderaan dibawa balik ke BSPT Ampang Jaya bagi ujian nafas dengan menggunakan alat Evidential Breath Analyzer II (EBA II).

“Hasil ujian EBA II yang dijalankan menunjukkan keputusan tahap kandungan alkohol dalam darah melebihi had yang ditetapkan iaitu sebanyak 50 per 100ml sahaja had yang dibenarkan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI