fbpx

Stok dirembat bernilai ratusan ribu – Wawa Zainal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAWA Zainal kesal dengan sikap kakitangan syarikatnya yang tidak amanah sehingga menyebabkan kerugian ratusan ribu ringgit.

PETALING JAYA – Tidak sekadar sekotak dua seperti yang terpapar dalam video, pelakon dan usahawan Wawa Zainal mendedahkan nilai barangan yang didakwa dilarikan seorang pekerjanya mencecah ratusan ribu ringgit.

Pemilik nama sebenar lahir Nur Hawa Zainal Abidin, 31, itu berkata, barangan dicuri juga sudah dibayar pembeli dan sedia untuk diserahkan kepada pelanggan.

“Ada sesiapa mengenali figura ini? Tak sangka staf bawa lari stok bernilai ratusan ribu.

“Dia ingat satu kotak ratus ratus ringgit, satu kotak tu belas belas ribu ringgit.

“Lepas tu, kotak tu dah ada tuan punya, dah ada pembeli. Tak pasal ejen kena bayar balik duit pelanggan,” katanya dalam Instagram Story.

Isteri kepada aktor Aeril Zafrel itu turut memuat naik gambar individu yang didakwa sebagai pelaku bersama keluarganya, namun menutup wajah isteri serta anak lelaki berkenaan.

Malah bukan itu sahaja, Wawa turut mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), di premis gudang sebagai bukti kejadian.

“Sempat pula jeling CCTV, sebab selama ini Wawa jenis tak periksa CCTV tapi kebetulan yang dia rembat stok leader (ketua) lain dan sebenarnya dah sedia diambil,” ujarnya.

Sebelum itu suami Wawa turut memuat naik perkongsian serupa dalam usaha menjejaki individu yang didakwa sebagai pelaku kes curi.

Menurut ahli perniagaan terbabit, syarikat gagal menghubungi lelaki berkenaan selepas melalui panggilan telefon dan mesej Whatsapp tidak dibalas.

Begitupun, Wawa mahupun Aeril belum memperincikan sama ada pihak syarikat sudah melaporkan kecurian itu kepada polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI