fbpx

SPRM tahan ketua sayap parti politik disyaki kemuka dokumen palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA TERENGGANU – Seorang pengerusi sebuah pertubuhan kebajikan (NGO) yang juga ketua sayap sebuah parti politik di Terengganu, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini bagi membantu siasatan mengemukakan dokumen palsu berkaitan program Kembali ke Sekolah.

Sumber SPRM berkata, wanita berusia awal 40-an itu disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butiran palsu tersebut kepada sebuah syarikat berkaitan kerajaan di Terengganu.

“Siasatan awal mengesyaki suspek telah mengemukakan tuntutan RM5,000 bagi program bantuan Back to School (Kembali ke Sekolah) yang dikatakan untuk agihan 100 pelajar asnaf.

“Begitupun, semakan awal mendapati senarai penerima yang diberi itu sebenarnya tidak mendapat bantuan berkenaan,” katanya kepada Kosmo!, di sini hari ini.

Sumber SPRM itu juga memberitahu, siasatan awal mendapati program Kembali ke Sekolah yang didakwa tersebut juga tidak pernah dianjurkan.

Tambah beliau, pengerusi NGO terbabit telah ditahan sebaik tampil memberi keterangan di pejabat SPRM Terengganu, di sini pada pukul 12 tengah hari.

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid, ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu esok untuk pertuduhan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI