fbpx

Al-Maqari’ juara Pentas Marhaban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN AL-Maqari' dinobatkan sebagai juara Pentas Marhaban sekali gus menewaskan kumpulan Qalbun Hadi, Al-Muhtadin dan Raudhatul Ashwaq. - FOTO FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR – Menepati ramalan ramai, kumpulan Al-Maqari’ menjuarai program Pentas Marhaban sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 pada pentas akhir yang berlangsung malam tadi.

Kemenangan dengan markah tertinggi iaitu 92.33 menyaksikan Al-Maqari’ menewaskan kumpulan Qalbun Hadi, Al-Muhtadin dan Raudhatul Ashwaq dalam program yang bersiaran secara langsung dari Studio Pusat Penyiaran TV AlHijrah, di sini.

“Alhamdulillah kami bersyukur atas kemenangan ini, bukan mudah kerana begitu banyak cabaran yang dilalui antaranya berlatih di masjid dalam waktu yang amat terhad.

“Selepas ini kami mahu serius dalam bidang muzik, mungkin menghasilkan single sendiri pada masa depan,” ujar Ahmad Ibrahim Azam mewakili kumpulan yang dianggotai 10 ahli itu.

Qalbun Hadi yang merupakan satu-satunya kumpulan wanita yang bersaing di pentas akhir pula dinobatkan sebagai naib juara dan membawa pulang RM25,000 berserta trofi sumbangan TV AlHijrah.

Sementara itu, kumpulan Al-Muhtadin dan Raudhatul Ashwaq pula meraih hadiah saguhati iaitu wang tunai RM10,000 bagi setiap kumpulan.

Tugasan akhir Pentas Marhaban dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu marhaban dan rawi, penceritaan serta qasidah.

Program realiti yang bersiaran selama lapan minggu itu diadili sepenuhnya juri tetap Ustazah Asni Mansor dan Ustaz Zulhafis atau lebih dikenali sebagai Along Gambus serta Ustaz Hasim Harun selaku juri jemputan.

Pemarkahan diberikan berdasarkan gaya persembahan, pakaian, lagu, solo dan harmoni.

Pentas Marhaban akhir turut dimeriahkan dengan persembahan kumpulan Rabbani dan Daqmie.

Program itu dihoskan pengacara, Tilmiz Fahmi dan Syamsul Ghau Ghau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI