fbpx

4 sekawan berjudi di pusat karaoke Kuala Terengganu ditahan JHEAT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat lelaki ditahan kerana disyaki berjudi di sebuah pusat karaoke di Kuala Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU – Empat sekawan yang sedang leka berjudi di pusat karaoke di bandar raya ini, malam tadi tergamam apabila diserbu pasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

Sewaktu serbuan pada pukul 11.30 malam itu, keempat-empat suspek berusia dalam lingkungan 45 dan 60 tahun disyaki berjudi di dalam sebuah bilik di dalam pusat karaoke berkenaan.

Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Penguatkuasaan JHEAT, Khairul Azizi Idris berkata, sewaktu serbuan dilakukan, kesemua lelaki itu mendakwa baru tiba di pusat karaoke itu dan sekadar berhibur bernyanyi bersama-sama.

“Hasil pemeriksaan di dalam bilik karaoke berkenaan, daun terup dan sejumlah wang yang disyaki digunakan telah ditemui dipercayai untuk aktiviti judi.

“Mereka dibebaskan dengan bon jaminan dan diminta hadir ke mahkamah bagi tindakan perundangan pada masa terdekat,” katanya kepada Kosmo!, di sini hari ini.

Beliau berkata, kesemua suspek ditahan mengikut seksyen 22(1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu 2001. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI