fbpx

[VIDEO]’Biar abah rehat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Zeyreen (dua dari kanan) bersama adiknya Muhamad Nazreen Aiman Ahmad Hamdan ketika ditemui pemberita di Jabatan Perubatan Forensik HSA Johor Bahru, hari ini. FOTO RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Ahli keluarga Hamdan Ramli, 55, reda dengan pemergian pelakon dan pelawak itu kerana mahu Allahyarham berehat setelah lama terlibat dalam industri hiburan tanah air.

Anak sulungnya, Muhamad Zeyreen Misha, 31, memberitahu, dia kini menggalas tanggungjawab ketua keluarga selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir pada pukul 12.50 tengah hari, di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini hari ini.

Katanya, bapanya banyak meninggalkan pesan bukan sahaja kepada ahli keluarga, tetapi kepada rakan-rakan termasuk tentang kematian.

“Babah memang banyak meninggalkan pesanan, kawan-kawan cakap dia penceramah bebas, pesanan terakhirnya kepada adik beradik, keluarga dan kawan-kawan adalah dengan berkongsi bacaan surah bagi memudahkan urusan itu (kematian dan masuk syurga).

“Saya selaku ketua keluarga mewakili ahli keluarga lain membuat keputusan biarlah babah berehat dan ahli keluarga akan jumpa semula di alam lain nanti,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik HSA.

Tambah Muhamad Zeyreen Misha, jenazah bapanya akan dibawa ke Masjid Abu Ubaidah, Taman Perpaduan, Perak untuk disembahyangkan. Ahli keluarga dan rakan-rakan juga diberikan peluang untuk memberikan penghormatan terakhir Allahyarham.

Sementara itu, Muhamad Zeyreen Misha turut memberitahu, dia dan adik beradiknya turut mempunyai minat untuk berkecimpung dalam bidang seni, namun perkara itu bergantung kepada peluang.

“Soal meneruskan legasi babah, minat itu memang ada cuma belum ada masa untuk ditonjolkan, jika ada rezeki Insya-Allah akan diperluas. Tetapi apapun kami akan tanya mak dahulu, jika dia luluskan baharu kami teruskan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

@kosmoonline Ahli keluarga kepada pelakon dan pelawak, Hamdan Ramli, 55, reda dengan pemergian Allahyarham kerana mahu beliau berehat setelah lama terlibat dalam industri hiburan tanah air. #hamdan #senario #meninggaldunia #keluarga #reda #hiburan ♬ original sound – Kosmo!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI