fbpx

Wanita hunus pisau, tikam empat penumpang kereta api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek telah ditahan pihak berkuasa. - @KAZUNABLE_ECN13/X

TOKYO – Seorang wanita bersenjatakan pisau menikam empat penumpang sebuah kereta api di Stesen Akihabara, Tokyo, semalam, lapor laman berita Wion News.

Sekurang-kurangnya tiga daripada mereka dilaporkan cedera, namun tidak mengancam nyawa.

Insiden  berlaku pada perkhidmatan kereta api laluan Yamanote  yang menghubungkan semua stesen di Tokyo.

Ia juga antara laluan paling sibuk di ibu kota Jepun itu melibatkan 30 buah stesen..

Polis Jepun berkata, seorang wanita mengacukan pisau ketika berada di dalam kereta api di laluan pengangkutan utama Tokyo.

Polis menerima panggilan kecemasan sejurus sebelum pukul 11 malam (waktu tempatan) berhubung kejadian itu.

Jurucakap Jabatan Polis Metropolitan Tokyo menambah, suspek kini ditahan.

Disebabkan insiden tersebut, syarikat East Japan Railway Company menghentikan sementara laluan Yamanote. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI