fbpx

Suami isteri diperintah bela diri kes terima deposit haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri diperintah oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini untuk membela diri terhadap pertuduhan menerima deposit RM364,000 daripada orang awam tanpa lesen sah, sembilan tahun lalu.

Hakim Mohd. Kafli Che Ali memutuskan demikian terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat telekomunikasi, Ho Kok Keong, 62, dan suri rumah, Koh Orchid, 56 selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka.

“Tertuduh mempunyai tiga pilihan untuk membela diri iaitu berdiam diri dan tidak menjawab pertuduhan, memberi keterangan secara tidak bersumpah dari kandang tertuduh tanpa disoal balas oleh pendakwaan atau memberi keterangan secara bersumpah dari tempat duduk saksi dengan pendakwaan diberikan peluang untuk mengemukakan soalan semasa pemeriksaan balas,” katanya.

Peguam Sean Dudley mewakili kedua-dua tertuduh berkata, setakat ini pasangan itu akan memberi keterangan secara bersumpah dari tempat duduk saksi.

Mohd. Kafli menetapkan prosiding membela diri didengar selama dua hari pada 13 dan 14 Mac ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI