fbpx

Pengebumian anjing pengesan, Cliff penuh terhormat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Steven meratapi pemergian Cliff di tepi kubur anjing pengesan itu.

SERIAN – Pengebumian seekor anjing pengesan dari disiplin Cadaver, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sarawak berlangsung dengan penuh terhormat, dengan diberikan penghormatan terakhir oleh Pengarah JBPM Sarawak Datuk Khirudin Drahman bersama-sama pegawainya.

Upacara pengebumian anjing bernama Cliff itu berlangsung di pekarangan tanah bahagian belakang pusat penyimpaman anjing K9 Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian, kira-kira pukul 10 pagi hari ini.

Paling terkesan dan kelihatan sedih dengan pemergian Cliff ialah pelatihnya, Steven Ambu setelah hampir enam tahun bersamanya sejak berpindah balik ke Sarawak pada tahun 2018.

Menurut Steven, Cliff meninggal dunia pada Hari Krismas lalu (25 Disember 2023) tanpa menunjukkan sebarang tanda sakit.

Katanya antara kejayaan Cliff dalam operasi disertainya ialah berjaya menjumpai mangsa bagi dua kes lemas iaitu masing-masing di Nanga Belaik Ulu Skrang dan di Long Miri dan anjing itu telah menyertai lebih daripada 10 operasi kebombaan.

Dalam pada itu, Khirudin berkata, pihaknya akan menamatkan khidmat lima ekor anjing pengesan (K9) mereka pada tahun depan kerana telah melepasi had kecerdasan maksimum iaitu enam ke tujuh tahun.

Jelasnya, penggantian anjing K9 JBPM Sarawak akan dibuat menggunakan peruntukan yang diluluskan kerajaan sebanyak RM12 juta pada tahun lalu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI