fbpx

KPM jumpa murid hadapi masalah teruskan persekolahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KPM - Gambar hiasan

PUTRAJAYA- Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) telah mengadakan sesi pertemuan pada 28 Disember lalu dengan keluarga murid menghadapi kesukaran meneruskan persekolahan akibat masalah kewarganegaraan.

KPM dalam satu kenyataan berkata, pertemuan dengan keluarga murid terlibat itu bertujuan mencari jalan penyelesaian bagi membolehkan murid terlibat meneruskan persekolahan seperti biasa.

“Beberapa cadangan penyelesaian telah dikemukakan berkaitan dengan keperluan dokumentasi kewarganegaraan murid terbabit.

“Manakala, pihak JPNS pula komited untuk membantu daripada aspek pengurusan pendaftaran murid di sekolah.

“Pertemuan telah berlangsung dalam suasana harmoni dan mencapai hasil yang positif,” katanya di sini tadi.

Pada masa sama, KPM memaklumkan pihaknya turut mengambil perhatian isu murid tanpa dokumen kewarganegaraan yang menghadapi masalah meneruskan persekolahan seperti yang dilaporkan media.

Katanya, KPM sentiasa berusaha meningkatkan akses pendidikan berkualiti untuk semua murid warganegara di mana agenda pendidikan manusiawi memastikan tiada murid yang tercicir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI