fbpx

Dua lelaki Thailand sorok syabu dalam tayar dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fisol (kiri) menunjukkan ruang dalam tayar ganti yang dimasukkan syabu pada sidang akhbar di IPK Kedah, Alor Setar hari ini.

ALOR SETAR – Taktik licik dua lelaki Thailand menyembunyikan dadah jenis syabu di ruang dalam tayar ganti sebuah kenderaan pacuan empat roda terbongkar apabila mereka ditahan di Kampung Baru Balai Pos, Jalan Sungai Korok, Ayer Hitam dalam daerah Kubang Pasu, Khamis lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, tindakan suspek berusia 25 dan 41 tahun itu berjaya dikesan menerusi risikan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah.

Katanya, kedua-dua warga asing itu pada mulanya didapati turun dari kenderaan jenis Toyota Hilux yang didaftarkan di negara jiran di tepi jalan kampung tersebut kira-kira pukul 11 malam.

“Sebaik menyedari kehadiran polis, mereka cuba melarikan diri, namun berjaya ditahan setelah dikejar dan berlaku sedikit pergelutan.

“Pemeriksaan dijalankan selepas itu menemui 10 bungkusan plastik berwarna hijau di dalam tayar ganti yang tergantung di bawah tempat letak barang kenderaan tersebut,” katanya pada sidang akhbar di IPK Kedah, di sini hari ini.

Kata beliau, dalam setiap bungkusan plastik hijau itu, terdapat sebungkus plastik lut sinar mengandungi dadah jenis syabu.

“Secara keseluruhannya, pihak kami menemui syabu seberat 10.6 kilogram di situ dianggarkan bernilai RM349,800. Dadah itu boleh digunakan kira-kira 20,000 penagih jika terlepas ke pasaran,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI