fbpx

Bunga api tiba-tiba meletup atas bumbung hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular yang memaparkan insiden bunga api meletup di atas bumbung sebuah hotel baru-baru ini.

PETALING JAYA – Penyewa sebuah hotel di Port Dickson petang semalam gempar apabila bunga api yang sedang dipasang di atas bumbung tiba-tiba meletup.

Menurut sebuah hantaran di aplikasi X, insiden tersebut berlaku ketika kakitangan hotel tersebut membuat persiapan sempena sambutan ambang tahun baharu.

Difahamkan terdapat seorang mangsa yang terlibat dalam insiden tersebut hasil tinjauan Kosmo! di media sosial, namun sehingga kini keadaan mangsa tidak dapat dipastikan.

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai menggesa pihak hotel tersebut mengeluarkan kenyataan secepat mungkin bagi membela nasib mangsa yang terlibat.

“Takziah saya ucapkan kepada keluarga mangsa. Kalau hendak pasang bunga api, kena ada pelan yang tersendiri. Bukannya main suruh seorang pekerja pasangkan. Hari ini adalah hari malang buat hotel tersebut,” kata Shah.

“Bukankah kerajaan sudah halang sebarang bunga api sebagai tanda solidariti bersama Palestin? Itulah, bakar mercun lagi,” kata Ej.

“Moga nasib pekerja tersebut terbela. Harap ada tindakan undang-undang terhadap pihak pengurusan,” kata Hafizi.

Kini, hantaran tersebut telah mendapat 1,100 tanda suka dan 220,000 tontonan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI