fbpx

Venice haramkan kumpulan pelancong besar, pembesar suara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemasukan pelancong secara besar-besaran mengganggu penduduk tempatan. - AFP

ROM, Itali – Pihak berkuasa perbandaran Venice akan mengharamkan kumpulan pelancong melebihi 25 orang dan penggunaan pembesar suara yang didakwa menimbulkan kekeliruan dan gangguan.

Saluran berita DW melaporkan, peraturan baharu itu akan berkuat kuasa pada 1 Jun hadapan. 

Ia selain itu turut melarang pelancong berhenti di jalan sempit, jambatan atau laluan di beberapa tempat.

Perubahan itu adalah sebahagian daripada usaha pihak berkuasa untuk mengehadkan kemasukan pelancong secara besar-besaran dan kesan negatifnya ke atas bandar lagun tersebut.

Peraturan itu terpakai di pusat bandar Venice dan pulau Murano, Burano dan Torcello.

“Ia bertujuan untuk melindungi penduduk tempatan daripada bunyi bising dan gangguan,” kata Majlis Bandaraya Venice dalam satu kenyataan akhbar.

Pada September lalu, pegawai tempatan memutuskan untuk mengenakan bayaran masuk sebanyak €5 (RM25) kepada pelawat jangka pendek mulai April 2024. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI