fbpx

Kemalangan jalan raya tahun 2023 hampir cecah 600,000 kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) bukit Aman mengesahkan menerima sebanyak 598,635 kes kemalangan jalan raya di seluruh negara bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Disember tahun lalu.

Timbalan Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Mohd Nasri Omar berkata, sebanyak 5,984 kes daripada jumlah itu adalah kemalangan yang meragut nyawa.

Kes kemalangan maut itu membawa kepada jumlah keseluruhan individu yang meninggal dunia adalah seramai 6,433 mangsa di seluruh negara bagi tempoh sama.

Katanya, kemalangan parah (2,331 kes), kemalangan ringan (28,511) dan selebihnya melibatkan kerosakan pada kenderaan.

“Selangor mencatatkan jumlah kes kemalangan tertinggi iaitu 173,129 kes, Johor (87,370 kes) dan Kuala Lumpur (72,701 kes).

“Angka kematian di Selangor juga adalah yang tertinggi iaitu melibatkan 2,092 orang, Johor (2,010) dan Perak (1,321),”ujarnya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan seramai 4,378 anggota dan pegawai Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) terlibat dalam Operasi Ambang Tahun Baru 2024 di seluruh negara bermula pukul 8 malam, 31 Disember hingga 5 pagi hari ini.

Pengarah JSPT, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, seramai 530 pegawai dan 3,247 anggota akan terlibat secara langsung dalam operasi terbabit.

Pelbagai agensi turut terlibat seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Imigresen (JIM), Jabatan Sukarelawan (RELA), Jabatan Pendaftaran (JPN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan PLUS. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI