fbpx

‘Ingatkan bunyi gangguan monyet’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Saiful (kiri) dan Wan Mohammad Ubaidilah sayu melihat kesan runtuhan rumah mereka di Felda Neram 2, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Dua pemuda bersaudara yang sedang nyenyak tidur nyaris maut dihempap dinding bilik yang tiba-tiba runtuh akibat hakisan tanah di Felda Neram 2 di sini pada kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 12 tengah malam itu, runtuhan dinding itu jatuh ke atas tilam katil sipi hampir mengenai tubuh Mohd. Saiful Bahari Ismail, 31.

Cerita Mohd. Saiful, sewaktu kejadian, tidurnya terganggu oleh bunyi pelik dari bahagian bumbung rumahnya.

“Pada mula saya tidak hiraukan dan teruskan tidur kerana menyangka bunyi itu ditimbulkan sekumpulan monyet yang kerap mengganggu.

“Tidak lama kemudian, serpihan dinding bilik jatuh ke atas tilam katil yang saya berbaring,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Felda Neram 2 di sini hari ini.

Mohd. Saiful berkata, dia yang tersedar bergegas ke bilik tidur bersebelahan untuk mengejutkan sepupunya, Wan Mohammad Ubaidilah Wan Mohamed, 22.

Katanya, mereka bersyukur sempat menyelamatkan diri sebelum keseluruhan bilik tidurnya, dapur dan tandas runtuh lalu terjunam ke dalam cerun di belakang rumah mereka.

“Runtuhan itu turut menjejaskan rumah jiran kami (Ibrahim Awang, 67) yang terletak bersebelahan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI