fbpx

Banjir: 11 PPS masih dibuka tempatkan 1,395 mangsa di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli sebuah pertubuhan bukan kerajaan dan penduduk kampung membersihkan bilik darjah sebuah sekolah di Tumpat semalam. - Foto oleh ROHANA MOHD. NAWI / KOSMO!

KOTA BHARU – Jumlah mangsa banjir di Kelantan menurun kepada 1,395 orang berbanding 3,593 orang pada petang semalam dengan lima buah pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup hari ini.

Sekretariat Pengurusan Bencana Kelantan dalam satu kenyataan berkata, setakat pukul 8 pagi tadi, jumlah itu mencatatkan pengurangan sebanyak 2,198 orang.

Menurutnya, lima buah PPS yang ditutup itu melibatkan pusat pemindahan di Pasir Mas, Jeli dan Kuala Krai.

“Tumpat mencatatkan jumlah mangsa paling ramai berlindung di PPS dengan 1,045 orang, Pasir Mas (334) dan Kuala Krai (16).

“Mangsa di Pasir Mas menunjukkan penurunan yang ketara apabila menurun daripada seramai mangsa 2,093 orang pada petang semalam,” katanya.

Menurut kenyataan itu, Sungai Golok di Rantau Panjang masih berada pada paras bahaya manakala Sungai Kelantan di Tangga Krai (Kuala Krai) dan Sungai Golok (Kuala Jambu, Tumpat) mencatatkan bacaan berjaga-jaga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI