fbpx

‘Akan tiba giliran saya dibunuh Israel’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hantaran di Instagram Motaz.

PETALING JAYA – Jurufoto Palestin, Motaz Azaiza meluahkan rasa kecewa apabila masih tiada pihak yang berani menghentikan serangan rejim Zionis di Palestin.

Motaz melalui hantaran di Instagram Story mencemuh tindakan orang ramai yang hanya berdiam diri dan melihat rakyat Palestin dibunuh dengan kejam setiap hari.

“Anda semua tidak berguna. Tanpa segan silu melihat kami dibunuh seorang demi seorang.

“Akan menunggu giliran saya untuk dibunuh oleh Israel dan percayalah anda tidak akan berbuat apa-apa,” katanya.

Dalam hantaran berbeza, Motaz turut berkongsi berita sedih di mana sahabatnya syahid setelah Israel mengebom kawasan perumahan rakannya itu.

Terdahulu, Pejabat media Gaza melaporkan serangan tanpa henti Israel ke atas Gaza selama hampir tiga bulan telah memusnahkan 70 peratus rumah di kawasan Palestin yang terkepung.

Tiada butiran lanjut diberikan, tetapi laporan awal berkata, lebih 200 tapak warisan dan arkeologi telah musnah dalam serangan Israel yang dianggap paling merosakkan dalam sejarah moden.

Menurut laporan Wall Street Journal (WSJ), kira-kira 300,000 daripada 439,000 rumah telah musnah dalam serangan Israel.

Laporan itu memaklumkan melalui analisis imej satelit mendapati bahawa 29,000 bom yang dijatuhkan menyasarkan kawasan perumahan, gereja Byzantine, hospital dan pusat membeli-belah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI