fbpx

Penyewa sakit hati, kesan coklat pada cadar punca deposit hangus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar kotoran pada sarung bantal dan cadar yang dikongsikan oleh penyewa homestay di laman Facebook.

PETALING JAYA – Seorang penyewa homestay kecewa wang deposit tidak dipulangkan dengan alasan terdapat kesan kotor pada perabot dan cadar.

Menurut sebuah hantaran di dalam kumpulan Homestay Kota Kinabalu di Facebook, penyewa tersebut menyuarakan rasa tidak puas hati dengan situasi tersebut.

Menerusi gambar yang dikongsikan, kotoran tersebut adalah kesan coklat yang boleh dibersihkan sekiranya dicuci.

“Inilah perasaan penggemar homestay macam aku kalau berjalan dengan keluarga.

“Apa-apapun harap tuan rumah sedar kerana saya dapat nombor telefonnya di dalam goup ini. Harap dia nampak hantaran ini.

“Cuma saya tidak sampai hati hendak mendedahkan nama homestay,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menyelar sikap tuan rumah yang dianggap keterlaluan dan mementingkan diri.

“Terus terang kalau saya kena sebegini, tuan homestay pula tidak boleh bertolak ansur untuk kotoran yang boleh hilang, tidak ada koyak, saya memang marah.

“Sekarang ada saluran untuk membuat aduan kalau pelanggan rasa teraniaya, bertimbang rasalah sedikit,” kata Clarice.

“Kotoran macam ini boleh cuci. Jangan disebabkan punca ini sampai hilang deposit pelanggan,” kata Alan.

Hantaran tersebut mendapat 653 tanda suka dan 276 perkongsian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI