fbpx

Mengaku berkelakuan sumbang terhadap rakan sel di Penjara Sungai Udang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKHIRIN JUFRI mengaku bersalah meliwat rakan selnya berusia 22 tahun pada 25 November lalu.

MELAKA – Seorang banduan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tiga pertuduhan meliwat dan melakukan seksual terhadap rakan selnya pada November lalu.

Hakim Mohd. Sabri Ismail bagaimanapun menangguhkan hukuman terhadap tertuduh, Akhirin Jufri, 47, pada 10 Januari depan bagi menunggu serahan fakta kes oleh pihak pendakwaan.

Mengikut dua kertas pertuduhan, tertuduh didapati telah melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii dengan cara memaksa mangsa yang berusia 22 tahun.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun dan sebatan bagi setiap pertuduhan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Tertuduh turut mengaku bersalah atas satu pertuduhan melakukan persetubuhan terhadap mangsa sama dan didakwa mengikut Seksyen 377CA kanun sama, yang memperuntukan hukuman penjara antara lima hingga 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Kesemua perbuatan itu dilakukan tertuduh kira-kira pukul 12 tengah malam, di dalam sebuah sel Kompleks Penjara Sungai Udang, Melaka, pada 25 November lalu.

Terdahulu pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nazrin Ali Rahim, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI