fbpx

Alif Satar tidak sempat elak kereta CX5 punca kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alif Satar dikejarkan ke hospital selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Sri Hartamas 1, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan menerima laporan kemalangan babit selebriti, Alif Satar dengan sebuah kereta di Jalan Sri Hartamas 1, di sini, semalam.

Kejadian pada pukul 4.20 petang itu menyebabkan penyanyi, pengacara, dan pelakon dilapor turut mengalami kecederaan lebam di bahu kiri.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Superintendan Zulkafli Che Lah berkata, laporan itu diterima pihaknya kira-kira pukul 8 malam.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa pelakon berusia 33 tahun yang menunggang motosikal jenis Vespa di lorong paling kiri.

“Sampai di lokasi kejadian, sebuah kereta jenis Mazda CX5 yang berada di kanan telah masuk ke laluan kiri menyebabkan pelakon terbabit mengelak ke kiri sebelum hilang kawalan dan terbabas di bahu jalan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, pensohor media sosial yang juga usahawan, Wak Doyok berkongsi beberapa keping gambar dalam akaun X miliknya, menunjukkan Alif, terbaring di atas jalan dan diusung menaiki sebuah ambulans selepas terbabit dalam kemalangan.

Dimaklumkan, keadaan penyanyi, pelakon dan pengacara itu tidak membimbangkan, namun perlu ditahan di wad di salah sebuah hospital swasta untuk pemantauan lanjut. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI