fbpx

LHDN wajibkan penggunaan e-Perkhidmatan mulai 1 Januari 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mewajibkan penggunaan e-Perkhidmatan bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang telah disediakan secara dalam talian melalui gerbang perkhidmatan Portal MyTax bermula 1 Januari 2024.

LHDN dalam satu kenyataan berkata, langkah itu sejajar dengan transformasi teknologi dan pendigitalan sistem perkhidmatan percukaian serta komitmen bagi meningkatkan tahap perkhidmatan LHDN.

Menurut LHDN, pelaksanaan mandatori e-Perkhidmatan itu juga melibatkan keperluan untuk pengemukaan Borang Nyata (BN) secara e-Filing yang merangkumi kategori pembayar cukai.

“Syarikat, borang e-C mulai tahun taksiran 2014; Perkongsian Liabiliti Terhad, borang e-PT mulai tahun taksiran 2021; Koperasi dan Amanah, borang e-CS, e-TA, e-TC & e-TR mulai tahun taksiran 2024.

“Individu, Perkongsian Pertubuhan dan Harta Pusaka, borang e-BE, e-B, e-BT, e-M, e-MT, e-P, e-TF dah e-TP mulai tahun taksiran 2023; Operasi Petroleum borang e-CPP dan e-CPE mulai tahun taksiran 2023.

“Majikan – Syarikat/Syarikat Labuan, borang e-E mulai tahun saraan 2016 dan Majikan – Selain Syarikat/Syarikat Labuan, borang e-E mulai tahun saraan 2023,” kata kenyataan itu hari ini.

LHDN berkata, borang e-E hanya dianggap lengkap jika CP8D iaitu maklumat saraan pekerja dikemukakan sebelum atau pada tarikh akhir pengemukaan borang.

Tambah LHDN, bagi tujuan penyediaan maklumat saraan pekerja, format CP8D bagi tahun saraan 2023 telah dikemaskini dengan tambahan dua medan maklumat iaitu Status Pekerja dan Tarikh Persaraan/Tamat Kontrak.

“Majikan boleh merujuk kepada format terkini susun atur maklumat e-Data Praisi/e-CP8D bagi tahun saraan 2023 yang dilampirkan bersama-sama Program Memfail BN 2024 ini,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, LHDN memaklumkan, Program Memfail BN bagi Tahun 2024 telah dimuat naik pada portal rasmi LHDN sebagai rujukan dan panduan kepada pembayar cukai untuk
mengemukakan BN pada tahun 2024.

Jelas LHDN, dokumen berkenaan boleh diakses dan dimuat turun di www.hasil.gov.my.

“Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 /603-8911 1100 (Luar Negara).

“HASiL Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.goV.my/Public,” kata LHDN. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI