fbpx

72 peratus pekerja enggan diganggu majikan selepas waktu kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 72.4 peratus daripada responden mengakui dihubungi oleh rakan sekerja selepas tamat waktu bekerja. – Unsplash

TOKYO – Satu kaji selidik mendapati lebih 70 peratus pekerja di Jepun mengaku bahawa  mereka enggan diganggu selepas waktu bekerja, lapor akhbar The Mainichi semalam.

Kaji selidik itu dijalankan oleh kesatuan sekerja terbesar di Jepun, Rengo pada 13 hingga 20 September lalu.

Hasilnya mendapati 72.4 peratus responden mengaku  dihubungi oleh rakan sekerja selepas tamat waktu bekerja.

Ia merupakan peningkatan  8.2 mata berbanding tempoh sebelum pandemik Covid-19.

Sebanyak 62.2 peratus responden berkata, mereka berasa tertekan dengan situasi itu. Apabila ditanya sama ada mereka enggan menjawab panggilan berkaitan kerja jika mampu, 72.6 peratus bersetuju.

Sementara itu, hanya 25.8 peratus daripada responden memberitahu bahawa tempat kerja mereka mempunyai peraturan mengenai amalan menghubungi pekerja selepas tamat waktu.

Amalan tersebut dipercayai meningkat disebabkan cara kerja fleksibel yang meraih populariti ketika pandemik Covid-19.

Hasil tinjauan sama mencadangkan bahawa penyebaran pemahaman mengenai ‘hak untuk enggan dihubungi’ kekal menjadi cabaran pada hari ini. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI