fbpx

12 pekerja Bangladesh cemas rumah kongsi terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 12 pekerja Bangladesh cemas apabila rumah kongsi yang diduduki mereka di projek Pasar Baru Ampangan, di sini, terbakar dalam kejadian pagi tadi. - Foto BOMBA

SEREMBAN – Seramai 12 pekerja Bangladesh cemas apabila rumah kongsi yang diduduki mereka di projek Pasar Baru Ampangan, di sini, terbakar dalam kejadian pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Timbalan Penguasa Bomba (TPgB), Mohammad Idris berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 6.37 pagi dan seramai 14 anggota segera dikejarkan ke lokasi bagi memadamkan kebakaran.

Menurutnya, sebaik tiba pada pukul 6.42 pagi dengan kekuatan satu jentera Fire Rescue Tander (FRT), satu water tanker dan satu kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), kebakaran berjaya dikawal kira-kira 20 minit pada pukul 7.08 pagi.

“Kita turut mendapat bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampangan bagi memadamkan kebakaran ini dan api padam sepenuhnya pada pukul 9.07 pagi. Dianggarkan kebakaran melibatkan stor simpanan barang projek Pasar Baru Ampangan dan rumah kongsi pekerja berkenaan musnah 70 peratus.

“Dalam kebakaran ini, tiada kemalangan jiwa dan jumlah kerugian serta punca kebakaran masih lagi dalam siasatan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Pengurus Projek, Mustafa Abu berkata, dia menerima panggilan daripada seorang pekerja berlaku kebakaran di pejabat dan rumah kongsi Projek Pasar Ampangan berkenaan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI