fbpx

Pemilik restoran diminta henti guna barang subsidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ariffin pada sidang akhbar di KPDN WPKL hari ini. - Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) akan mempertingkatkan pemeriksaan di restoran di ibu negara bagi memastikan mereka tidak melanggar undang-undang sedia ada khususnya berkaitan barangan kawalan bersubsidi.

Pengarah KPDN WPKL, Ariffin Samsudin berkata, pemilik restoran perlu memohon permit barang kawalan bagi tujuan penyimpanan barang kawalan di premis-premis restoran jika melebihi kuantiti disyaratkan.

“Kita tidak akan bertoleransi dan bertolak ansur. Mana-mana yang menggunakan minyak masak peket bersubsidi atau barangan kawalan lain diminta hentikan serta-merta.

“Setiap kali kita masuk restoran dan ziarah dan kalau ada menggunakan barang kawalan barang kawalan bersubsidi, kita akan mengambil tindakan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, KPDN WPKL menegaskan mana-mana individu atau pihak yang ingkar bakal menerima hukuman berat seperti mana ditetapkan undang-undang.

Menerusi Permit Barang Kawalan Berjadual, kuantiti barangan tersebut antaranya tepung gandum melebihi 12 kilogram (kg), gula melebihi 12 kg, mintak masak melebihi 12 kg, Gas Petroleum Cecair melebihi 42 kg, semua Gred Bahan Api Diesel melebihi 20 liter dan semua Gred Petrol melebihi 20 liter. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI