fbpx

Dua buruh binaan Myanmar noda gadis bisu dipenjara 13 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Akramullah Jamal (dua dari kiri) dan Shunamiya (dua dari kanan) dihukum penjara 13 tahun atas kesalahan merogol gadis OKU di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGAN – Perbuatan serakah dua buruh binaan warga Myanmar merogol seorang wanita kelainan upaya (OKU) bisu dan pekak tiga tahun lalu berbalas apabila dihukum penjara 13 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Nooriah Osman memerintahkan demikian selepas Akramullah Jamal Hussein, 26, dan Shunamiya Abdul Salam, 39, mengaku bersalah selepas pertuduhan mereka dibacakan.

Berdasarkan pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa telah melakukan rogol berkumpulan ke atas seorang wanita OKU pendengaran dan bisu yang sewaktu kejadian berusia 23 tahun.

Mereka didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah kongsi di Hulu Terengganu pada pukul 7.30 malam, 11 November 2020.

Mahkamah mengarahkan tempoh pemenjaraan bermula tarikh ditangkap iaitu 12 dan 13 November 2020.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Iffah Nabihah Mohd. Ishak manakala kedua-dua tertuduh pula tidak diwakili peguam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI