fbpx

Beberapa stesen Petronas kehabisan stok diesel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Petronas Dagangan Berhad (PDB) memaklumkan, beberapa stesen Petronas di seluruh negara sedang mengalami kehabisan stok bekalan diesel, buat masa ini.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan di laman rasmi mereka, isu ini akan berlarutan sehingga 31 Disember nanti.

“Kami ingin memaklumkan bahawa beberapa stesen Petronas di seluruh negara sedang menghadapi kehabisan stok diesel.

“Ia dijangka berterusan sehingga 31 Disember 2023,” katanya.

PDB turut memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi dan memberi jaminan kepada pelanggan mereka bahawa mereka sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa dan pihak berkepentingan bagi meminimumkan gangguan tersebut.

“Untuk bantuan atau maklumat lanjut, sila hubungi Mesralink di 1300888181. Terima kasih atas kesabaran dan kerjasama anda,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI