fbpx

Suami isteri mengaku ceroboh, curi kabel hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEPASANG suami isteri mengaku menceroboh dan mencuri kabel milik sebuah hotel di Melaka pada minggu lalu. - Foto oleh SYAFEEQ AHMAD/ KOSMO!

MELAKA – Sepasang suami isteri didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menceroboh dan mencuri kabel sebuah hotel pada minggu lalu.

Majistret Nabilah Nizam, menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh Ahmad Fikri Mohamad, 28, dan isterinya Aznurriah Azmi, 32, yang membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan terhadap Ahmad Fikri, dia didapati telah mencuri wayar kabel milik Hotel Emporer dan didakwa mengikut Seksyen 378/379 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahn boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Sementara itu, Aznurriah pula didakwa mengikut Seksyen 441 kanun sama yang memperuntukan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM3,000 atau keduanya kerana melakukan pencerobohan dengan niat melakukan jenayah.

Kesemua kesalahan itu dilakukan tertuduh kira-kira pukul 1 petang di belakang Hotel Emperor, Jalan Munshi Abdullah, dalam daerah Melaka Tengah pada 19 Disember lalu.

Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wardah Ishhar memohon hukuman agar hukuman setimpal diberikan terhadap kedua-dua tertuduh sebagai pengajaran kepada mereka dan juga masyarakat.

Nabilah kemudian menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM1,000 bagi kedua-dua tertuduh atau penjara sebulan sekiranya gagal bayar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI