fbpx

Netizen seram pemancing ‘healing’ nyaris hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki tersebut bergerak ke tengah sungai sehinggakan hanya kepala dan jorannya yang boleh dilihat. – X

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan aksi seorang lelaki  memancing sambil berdiri di tengah sungai berarus deras, lapor program berita Liputan6 kelmarin.

Dalam video yang dikongsikan di platform X, lelaki itu pada awalnya, dilihat memancing di tebing sungai yang mempunyai air berwarna keruh.

Klip seterusnya menunjukkan dia bergerak ke tengah sungai sehinggakan hanya kepala dan jorannya yang kelihatan.

Video itu menjadi tular dengan ramai netizen menyuarakan rasa bimbang sekiranya lelaki tersebut dihanyutkan arus sungai.

“Seram sangat memancing sambil berenang,” kata seorang pengguna media sosial.

“Dia yang memancing saya yang panik,” kata netizen lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI