fbpx

Seksa bercinta dengan lelaki narsistik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AIN mendambakan lelaki idaman yang boleh membimbingnya ke arah kebaikan.

MENJALANI kehidupan sebagai pelajar, model dan pengacara pada usia muda bukanlah satu perjalanan yang mudah.

Nurul Ain Mohd Farid, 22, mendedahkan, dia seorang yang berdikari dan sentiasa bekerja keras untuk mencapai impian.

Tidak mahu melepaskan peluang di depan mata, anak sulung daripada empat beradik yang mesra di sapa Ain itu memasang cita-cita me­nyertai syarikat peragaan terkenal.

Kepada Kosmo! Ahad, anak kelahiran Bangi, Selangor itu berce­rita lanjut mengenai dirinya termasuk kemurungan yang pernah dialaminya.

Ceritakan mengenai diri Ain?
Saya seorang pencipta kan­dungan, live host dan juga model sambilan. Mula menceburi bidang pencipta kandungan ketika pandemik dan mendapat tawaran untuk menjadi model bagi jenama fesyen di Malaysia.

Saya seorang yang berdikari dengan melakukan semua perkara dari segi pelajaran dan juga mencari duit simpanan.

Saya juga pernah menceburi bidang lakonan menerusi video muzik Kamu oleh Ismail Izzani dan Sudah (Nikki Palikat).

Bagaimana boleh menceburkan diri dalam peragaan?
Saya menjadi model sejak berumur 19 tahun. Ia bermula selepas video yang dimuat naik menjadi viral dan dari situ, saya menerima pelbagai tawaran daripada syarikat peragaan.

Bagi saya, untuk menjadi mo­del, muka yang cantik itu nombor dua kerana bagi setiap individu mereka mempunyai pendapat tersendiri dalam menilai paras penampilan seseorang.

Aura dan juga personaliti adalah salah satu kunci penting untuk seorang model. Jika boleh membawa pelbagai keunikan, lebih mudah untuk dapat perhatian.

Cabaran terbesar dalam dunia peragaan?
Bagi saya, saingan semakin sengit kerana ramai wanita cantik di luar sana sentiasa menjadi viral di media sosial.
Saya menghadapi cabaran dari segi komitmen untuk mencipta kandungan kerana mempunyai masa terhad sebagai pelajar.

Kehidupan sebagai pelajar, influencer?
Kehidupan saya sebagai seorang pelajar dan juga influencer sangat mencabar dari segi pengurusan masa.

Jika ada kelas pada waktu pagi, saya akan bekerja pada se­belah petang atau malam.

Kadang-kadang terpaksa melepaskan beberapa tawaran ke­rana pelajaran masih menjadi keutamaan.

Saya telah berjanji dengan ibu bapa untuk meletakkan pelajaran sebagai keutamaan.

GADIS manis ini tetap mementingkan pelajaran walaupun bergelar influencer dan model.

Golongan muda banyak dikaitkan dengan kemurungan, apa pendapat anda?
Kemurungan dalam golo­ngan muda mungkin disebabkan oleh isu-isu seperti buli, prestasi akademik rendah, masalah keluarga dan pekerjaan.

Jika simptom kemuru­ngan berterusan, ia boleh menjejaskan kesihatan fizikal dan meningkatkan risiko mencederakan diri sendiri.

Bagi mena­nganinya, ia perlu melibatkan peranan semua pihak dalam mewujudkan suasana yang sihat, berfikiran terbuka dan meningkatkan pemahaman yang positif.

Pusat kaunseling di tempat kerja dan ­institusi pendidikan juga boleh membantu dalam hal ini.
Kesedaran masyarakat terhadap penyakit mental perlu dipertingkatkan untuk mengatasi stigma dan salah tanggapan tentang kesihatan mental.

Pernahkan berdepan tekanan atau kemurungan?
Saya juga pernah menghadapi tekanan dan kemurungan yang menyebabkan penurunan berat badan disebabkan mempunyai hubungan dengan individu narsistik.

Saya memutuskan hubungan dengannya dan memulakan hidup baharu. Kini, saya lebih bahagia dan tenang.

Saya mengatasi masalah tekanan dengan menceritakan kepada rakan yang dipercayai dan mene­rima nasihat mereka.

Saya juga mendekatkan diri kepada Tuhan untuk mendapatkan ketenangan rohani.

Antara model dan pengacaraan, yang mana lebih mencabar?
Pada pendapat saya, menjadi seorang di TikTok lebih mencabar berbanding seorang model dan bayarannya juga berbeza.

Bayaran sebagai seorang mo­del boleh dapat sekitar RM500 untuk beberapa jam, tetapi jika buat live host, saya boleh dapat RM6,000 jika bekerja secara konsisten.

Bekerja sebagai live host memenatkan mental dan fizikal.

Ciri-ciri lelaki idaman Ain?
Saya mahukan pasangan yang boleh membimbing saya ke arah kebaikan.

Saya juga minat pada lelaki maskulin dan lemah lembut dalam berperwatakan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI