fbpx

Tiga remaja sesat, cedera di Bukit 300

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba menyelamatkan tiga remaja yang tersesat ketika mendaki Bukit 300 di pantai peranginan Teluk Batik, Perak, petang tadi. Ihsan JBPM Perak.

LUMUT – Tiga remaja terpisah dan sesat hampir lima jam ketika mendaki Bukit 300 di pantai peranginan Teluk Batik di sini hari ini, sebelum ditemui pasukan bomba dan penyelamat.

Dalam kejadian itu, seorang daripada pelajar tingkatan lima itu turut mengalami kecederaan di kaki dan terpaksa dibawa turun menggunakan pengusung sebelum dihantar ke Hospital Seri Manjung (HSM) untuk mendapatkan rawatan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, memberitahu pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.37 tengah hari, sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Manjung, bergegas ke lokasi kejadian.

“Ketiga-tiga remaja berusia 17 tahun itu mulai mendaki kira-kira pukul 9 pagi tetapi terpisah semasa dalam perjalanan turun dari bukit. Mangsa bagaimanapun masih boleh dihubungi melalui telefon bimbit,” katanya di sini hari ini.

Jelasnya, kesemua mangsa berjaya ditemui pada jarak 2.1 kilometer dari kaki bukit oleh anggota bomba pada pukul 2.58 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI