fbpx

Farid Kamil makin ‘sempoi’ lepas rujuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aksi Farid bersama isterinya Diana yang bersahaja menari dalam TikTok.

SEJAK cinta kembali bertaut selepas rujuk sebagai suami isteri, ada sahaja gelagat pasangan Diana Danielle dan Farid Kamil mencuri tumpuan ramai.

Baru-baru ini pasangan tersebut mencuit hati ramai apabila tampil dengan aksi menari bagi lagu My Marmalade dalam sebuah video.

Menurut Diana, 32, Farid yang pada awalnya agak malu untuk menari dalam video tersebut berubah sekelip mata selepas ‘sakan’ beraksi.

“Member yang pada mulanya malu-malu tetapi akhirnya tidak berhenti,” kata Diana yang berkongsi tentang telatah bersahaja suaminya.

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Farid malah seronok melihat kebahagiaan pasangan tersebut.

“Rasa bahagia melihat Farid dan Diana dalam video tersebut. Semoga berkekalan.

“Farid seorang yang lucu dan layan sahaja kehendak si isteri,” kata netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI