fbpx

[VIDEO] Projek di Johor perlu siap ikut masa – Onn Hafiz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ONN HAFIZ (dua dari kiri) meninjau Projek TMIYC di Muar yang terbengkalai, hari ini.

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi kesal dengan perkembangan Projek Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) di Muar, yang sepatutnya sudah siap awal tahun ini.

Namun projek yang dijangka siap pada April 2024 bagaimanapun terbengkalai, biarpun sudah empat kali mendapat Lanjutan Masa (EOT).

Beliau telah mengarahkan syarikat kontraktor agar turun padang dan memantau projek ini, serta melaporkan kepada pihak kerajaan kegeri sesegera dan sekerap mungkin.

“Saya amat kesal dengan perkembangan projek ini yang dijangka siap pada April 2024. Aspek keselamatan, kebersihan serta kekurangan pekerja turut saya tekankan dan perlu diambil perhatian segera.

“Saya mahu semua pihak memainkan peranan, dan saya tidak mahu ada lagi kelewatan sebegini berlaku,” katanya dalam satu kenyataan di laman sosial Facebook rasmi miliknya, hari ini.

Onn Hafiz berkata, kerajaan negeri mengambil serius perkara ini dan beliau turut menegaskan mana-mana projek di Johor ini perlu siap mengikut garis masa yang ditetapkan.

Terdahulu, satu rakaman video berdurasi 44 saat memaparkan Onn Hafiz meninjau keadaan projek TMIYC di Muar.

Beliau turut dilihat menghubungi kontraktor projek serta memarahinya selain supaya kontraktor bertindak segera menyelesaikan masalah ini.

“Dia janji bulan satu (Januari) siap surau dan hostel, awak kena monitor weekly (mingguan) selagi tidak boleh pakai, jangan tipu saya lagi lah. 7 Februari, padan sintetik siap, 31 Mac pada saya dah selesai,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI