fbpx

[VIDEO] Kucing kena sauk kerana enggan pulang ke rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian tular di akaun TikTok @melhikari.

PETALING JAYA – Rakaman video seekor kucing ditangkap menggunakan sauk kerana enggan pulang ke rumah membuatkan netizen terhibur.

Menurut pemilik @melhikari di TikTok, kucing bernama ‘Kutip’ itu sering bersembunyi di bawah kereta dan tidak menghiraukan panggilan pemiliknya jika disuruh pulang.

“Rutin harian jemput ‘Kutip’ untuk balik ke rumah. Kalau mak yang sauk, kucing tak akan lawan. Kalau saya yang sauk, kucing itu akan lompat katak pula nanti,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Ada juga netizen yang mempersoalkan tindakan wanita itu kerana dianggap menganiaya kucing.

“Cuba awak ambil ‘Kutip’ guna tangan nak tengok berapa hari awak kena ambil MC. ‘Kutip’ ini dia kucing yang agresif dan suka gigit atau cakar tangan orang. Dia nak bergurau tapi dia tak reti,” jelasnya.

Menjengah ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat kucing tersebut.

“Comel pula dia duduk santai dalam sauk itu, macam tidur dalam buaian bayi,” komen Nat Rozali.

“Nak beli jugalah sauk itu. Kucing kita kalau dipanggil memang jalan macam tak kenal tuan dia,” tambah Rica.

Perkongsian di TikTok itu menjadi tular sehingga meraih tontonan sebanyak 428,000 dan 24,900 tanda suka sejak dimuat naik tujuh jam lepas. -KOSMO! ONLINE

@melhikari Replying to @jentlegwen toturial Sauk kutip ketip 🤭 #kucingvirallditiktok #kucingsepahkanapaharini #kutipkakiketip #kucingmalaysia #bibiktersakiti ♬ Funny Song – Funny Song Studio & Sounds Reel

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI