fbpx

Susur Jalan Pudu ke Jalan Yew akan ditutup hingga Januari 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelan lokasi penutupan jalan yang akan ditutup bermula 27 Disember depan sehingga 12 Januari 2025.

PETALING JAYA – Jalan susur dari Jalan Pudu ke Jalan Yew akan ditutup kepada semua lalu lintas mulai 27 Disember sehingga 12 Januari 2025.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi satu kenyataan hari ini berkata, ia bagi memberi laluan kepada kerja-kerja merobohkan jambatan susur (ramp).

“Penutupan jalan itu juga bagi pembinaan semula jambatan di Bulatan Pudu menghala ke Jalan Sungai Besi (bersebelahan Balai Polis Pudu).

“Sebagai alternatif pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan lencongan melalui Jalan Sg Besi, Jalan Foss, Jalan Chan Sow Lin, Jalan Satu, Jalan Dua dan Jalan Tiga,” katanya.

Tambah DBKL lagi, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mematuhi isyarat papan tanda di lokasi serta arahan dari pihak polis trafik, sebagai panduan dan langkah keselamatan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI