fbpx

Kempen Penyala Harapan semarak harapan, impian komuniti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 14 rumah anak yatim di seluruh negara menerima sumbangan barangan keperluan asas di bawah Program Kongsi Rezeki.

DALAM mengharungi kehidupan mencabar ketika ini, ramai individu memasang impian mencapai kejayaan membanggakan jika ia dibantu dengan dorongan, motivasi dan sumber yang betul.

Bagaimanapun, perjalanan ke arah mencapai kejayaan itu bukanlah sesuatu yang mudah berikutan masalah kewangan sering dilihat menjadi penghalang terbesar.

Susulan itu, pengendali taka­ful, AIA PUBLIC Takaful Bhd. (AIA PUBLIC Takaful) memperkenalkan kempen Penyala Harapan bagi memberi sinar baharu kepada rakyat Malaysia dalam usaha ­menyokong perjalanan ke arah merealisasikan impian mereka.

Menariknya, kempen Penyala Harapan yang dilancarkan pada awal tahun ini bukan sahaja memberi fokus dalam menawarkan bantuan kepada rakyat, tetapi menyediakan mereka dengan motivasi dan inspirasi yang diperlukan untuk Hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AIA PUBLIC Takaful, Elmie Aman Najas, teras kempen itu adalah untuk memupuk pemahaman bahawa impian setiap individu bukan sekadar angan-angan, sebaliknya merupakan pendorong yang kuat untuk seseorang melangkah lebih jauh ke hadapan.

Beliau menjelaskan, teras kempen itu terletak pada kepercayaan mendalam bahawa pembangunan komuniti sebenar melangkaui peranan tradisional pihaknya sebagai penyedia perkhidmatan takaful.

Elmie Aman Najas

“Ia juga melibatkan usaha memperkasakan orang ramai untuk mencapai aspirasi mereka selain membina masa depan yang terjamin untuk diri dan orang tersayang.

“Setiap orang berhak diberi peluang untuk mengejar impian mereka tanpa bebanan ketidaktentuan kewangan.

“Kami bukan sekadar menyediakan perlindungan, sebaliknya kami juga membolehkan usaha mengejar aspirasi di mana komitmen ini selari dengan prinsip takaful yang mengutamakan bantuan dan tanggungjawab bersama,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Bagi AIA PUBLIC Takaful juga, selain kepentingan pertumbuhan perniagaan dan pembangunan tenaga agensi, pihaknya turut mengukur kejayaan organisasi itu melalui transformasi positif yang diwujudkan dalam komuniti.

Dalam hal ini, komitmen AIA PUBLIC Takaful terhadap transformasi komuniti telah dipamerkan melalui pelbagai program yang dilaksanakan menerusi kempen Penyala Harapan termasuk kerjasama dengan rakan kongsi seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO), program komuniti serta inisiatif media sosial.

Bersempena bulan Ramadan tahun ini, AIA PUBLIC Takaful melaksanakan aktiviti dimana orang ramai berpeluang mencalonkan rumah-rumah anak yatim yang boleh dijadikan benefisiari di bawah Program Kongsi Rezeki.

Untuk rekod, sejak 2021, AIA PUBLIC Takaful telah bekerjasama dengan Malaysian Relief Agency bagi melaksa­nakan Program Kongsi Rezeki yang menyokong 10 rumah anak yatim di seluruh Malaysia.

Melalui fasa program yang berlainan, rumah anak yatim tersebut telah menerima sumbangan komputer riba selain barangan keperluan seperti katil, tilam, perkakas elektrik serta bekalan harian lain bernilai hampir RM500,000 yang memanfaatkan lebih 500 kanak-kanak.

Anak yatim menyertai aktiviti pembelajaran berasaskan pengalaman yang dapat menyokong kesejahteraan fizikal dan mental mereka.

Program ini juga menyokong kesejahteraan fizikal dan mental anak yatim dengan melaksanakan aktiviti pembelajaran berasaskan pengalaman yang meningkatkan kemahiran sosial selain menambah pengalaman bermakna kepada zaman kanak-kanak mereka.

Mengulas lanjut, Elmie berkata, dengan menggalakkan orang ramai menjadi sebahagian kempen Penyala Harapan dan mencalonkan rumah anak yatim, pihaknya turut berjaya memperluaskan jangkauan impak Program Kongsi Rezeki.

“Sambutan orang ramai terhadap kempen itu begitu mengga­lakkan di mana pada tahun ini kami telah mendaftarkan empat rumah anak yatim baharu dari Selangor, Pahang dan Melaka menjadikan (keseluruhan rumah anak yatim) 14 penerima dengan lebih 800 kanak-kanak di bawah Program Kongsi Rezeki.

“Kami berharap sumbangan ini dapat memberi manfaat dalam menjamin masa depan yang lebih cerah di mana setiap kanak-kanak ini boleh memenuhi impian, tampil cemerlang dan berkembang maju dengan cara tersendiri,” katanya.

Elmie menambah, peranan AIA PUBLIC Takaful adalah untuk melindungi impian tersebut dan memastikan bahawa ia bukan sekadar aspirasi, tetapi matlamat yang boleh dicapai, disokong oleh penyelesaian kewangan terbaik.

“Sama ada memastikan pendidikan kanak-kanak, mendapatkan perlindungan daripada penyakit kritikal, melindungi orang tersayang dengan hibah atau meninggalkan legasi, kami sentiasa bersama pelanggan untuk melindungi segala yang bermakna buat mereka dan menyumbang kepada aspirasi masa depan.

“Ia termasuk persediaan bagi memastikan pelanggan mendapatkan pendidikan kanak-kanak selain mendapatkan perlindungan daripada penyakit kritikal dan melindungi orang tersayang dengan hibah atau meninggalkan legasi,” jelasnya.

Katanya, faedah takaful orga­nisasi berkenaan juga bukan sahaja menangani keperluan kewangan dan melindungi pelanggan, namun turut menyediakan saluran amal untuk membantu golongan yang memerlukan.

“Sebagai contoh, pelan A-Life Legasi Beyond kami direka daripada konsep di mana kekayaan itu bukan semata-mata meninggalkan simpanan yang mencukupi untuk ahli keluarga tetapi terus melakukan kebaikan melalui perbuatan infaq walaupun selepas kematian.

“Jika pelanggan meninggal dunia atau mengalami hilang upaya kekal dan menyeluruh, mereka mempunyai pilihan untuk men­yumbangkan jumlah perlindungan pelan kepada badan amal pilihan mereka.

“Beberapa penyelesaian kami juga membolehkan pelanggan mendermakan lebihan takaful mereka untuk menyokong aktiviti amal dan inisiatif komuniti yang diuruskan oleh AIA PUBLIC Taka­ful.

“Dengan cara ini, pelanggan kami dapat berkongsi faedah takaful mereka dengan komuniti dengan cara yang lebih mampan dan bermakna,” katanya.

Selain itu, Pek Penyala Harapan 3 dalam 1 juga merupakan usaha AIA PUBLIC Takaful untuk menyokong dan memperkasakan rakyat dalam perjalanan mereka untuk mencapai aspirasi hidup.

Pek tersebut menampilkan tiga pelan perlindungan utama iaitu A-Life Kasih Famili, A-Life Kritikal Protector dan A-Life MediFlex-i yang masing-masing ­menyediakan perlindungan taka­ful keluarga, penyakit kritikal dan perubatan komprehensif.

Pelanggan boleh memilih untuk menyertai mana-mana satu pelan daripada serendah RM5.94 sehari di samping mendapat akses kepada AIA Vitality, sebuah program kesihatan dan kesejahteraan unik organisasi berkenaan.

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini–  -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI