fbpx

Beli topeng RM766, jual semula RM21.4 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Topeng dikenali sebagai Ngil dipercayai satu daripada hanya 10 yang masih wujud di dunia. – AFP

PARIS –  Seorang pengedar barang antik yang membeli sebuah topeng Afrika berharga cuma €150 (RM766) sebelum menjualnya semula pada harga €4.2 juta (RM21.4 juta), menang perbicaraan kes saman oleh pemilik asal objek itu yang menuduh dia menipu mereka, lapor portal berita MailOnline semalam.

Sepasang suami isteri berusia lingkungan 80-an menjual patung kayu tersebut kepada defendan pada September 2021 sebagai sebahagian daripada jualan koleksi barangan antik lain.

Objek-objek yang dijual itu dikatakan milik seorang  nenek moyang yang pernah menjadi gabenor di Afrika, dan dipercayai tidak bernilai.

Mereka menjual patung berkenaan pada harga €150, namun pada Mac 2022, ia dijual semula kepada seorang pembeli yang tidak didedahkan identitinya  dalam satu acara lelongan pada harga mencecah €4.2 juta.

Pasukan pelelong menyifatkan ia sebagai topeng abad ke-19 yang sangat jarang ditemui milik kumpulan rahsia Fang di Gabon. Kumpulan rahsia Fan berasal daripada  etnik Bantu. Dikatakan hanya sekitar 10 topeng berkenaan masih wujud sehingga kini.

Pasangan itu memfailkan injunksi untuk membatalkan penjualan asal dengan alasan terdapat ‘ralat pengesahan’. Mereka juga mendakwa bahawa defendan sedar  nilai sebenar objek itu pada masa pembelian dan menawarkan harga murah untuk menipu mereka.

Namun, mahkamah menolak permintaan itu dengan mengatakan bahawa pasangan tersebut gagal membuat sebarang percubaan untuk mendapatkan pengesahan tentang nilai sebenar topeng itu sebelum menjualnya.

Mahkamah juga memutuskan bahawa defendan  yang bukan seorang pakar seni Afrika, tidak menipu pasangan suami isteri tersebut. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI