fbpx

Pengguna pengangkutan awam digalak memakai pelitup muka – Anthony Loke

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Orang ramai digalakkan memakai pelitup muka ketika berada dalam pengangkutan awam meskipun kerajaan tidak menguatkuasakan lagi arahan tersebut.

Memaklumkan perkara itu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, saranan tersebut ekoran peningkatan kes Covid-19 di seluruh negara seperti yang dilaporkan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Sebarang dasar atau peraturan berkenaan pemakaian pelitup muka ini hanya boleh ditetapkan oleh KKM. Kita (Kementerian Pengangkutan) tidak akan menetapkan dasar kita sendiri.

“Setakat ini, tidak ada kewajipan, kita hanya menggalakkan. Jadi, terpulang kepada penumpang atau orang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Kerjasama dan Pertukaran Serantau Koridor Perdagangan Darat-Laut Antarabangsa Baharu China (ChongQing)-Malaysia, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI