fbpx

Crispy Chocolate rai ulang tahun ke-50

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEJAYAAN Crispy Chocolate terletak pada rasa malt unik yang diperbuat daripada malt terbaik, koko berkualiti berserta bijirin beras yang dipanggang, menjadikannya bukan sekadar snek yang lazat tetapi juga menyihatkan.

CRISPY Chocolate, snek coklat terkenal di Malaysia yang dipasarkan ke 21 negara kini meraikan ulang tahunnya yang ke-50. 

Untuk meraikan pencapaian yang bersejarah ini, Network Foods Industries Group melancarkan jerayawara (roadshow) kebangsaan yang bermula di negeri pantai timur dan Lembah Klang.

Network Foods Group merupakan ahli kepada Pan Malaysia Corporation Berhad (PMC). 

Ditubuhkan sejak tahun 1973, Crispy Chocolate ternyata mampu bertahan sekian lama.  Gigitan rangup coklatnya menjadi sebahagian daripada kenangan manis yang tidak dapat dilupakan buat beberapa generasi rakyat Malaysia.

Mengulas mengenai ulang tahun ke-50 Crispy Chocolate, Pengarah Eksekutif PMC, Andrew Khoo berkata, meraikan pencapaian jenama tempatan ini sememangnya penting dan suatu detik yang sangat membanggakan.

“Ia menjadi bukti nilai jenama Crispy Chocolate yang terus bertahan dengan persaingan dikuasai oleh jenama antarabangsa yang terkenal.

“Di peringkat antarabangsa, kurang daripada 10 jenama coklat mempunyai sejarah selama 50 tahun atau lebih lama dari itu,” katanya.

Tambahnya, kejayaan Crispy Chocolate terletak pada rasa malt unik yang diperbuat daripada malt terbaik, koko berkualiti berserta bijirin beras yang dipanggang, menjadikannya bukan sekadar snek yang lazat tetapi juga menyihatkan.

NETWORK Foods Industries Group melancarkan jerayawara (roadshow) kebangsaan yang bermula di negeri pantai timur dan Lembah Klang bagi meraikan ulang tahun ke-50 Crispy Chocolate.

Network Foods menegaskan bahawa Crispy Chocolate dikategorikan sebagai snek sihat yang mengandungi kadar gula yang rendah dan tinggi serat diet.

Sebagai bukti kepada kualitinya yang menyihatkan, Crispy Chocolate telah meraih kemenangan Snek Kanak-kanak Terbaik menerusi Anugerah Pilihan Pembaca Natural Health (Natural Health Readers’ Choice Award) 2022 dan anugerah khas industri koko daripada Lembaga Koko Malaysia.

Ia juga diperakui oleh Lembaga Promosi Kesihatan Singapura di samping memperoleh pengesahan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Ulama Indonesia (MUI HALAL)

Memanfaatkan popularitinya, jenama itu baru-baru ini telah melancarkan sapuan Crispy untuk roti dan bebola malt Crispy Popz untuk dinikmati sebagai sajian snek ringan.

Syarikat berkenaan juga menghasilkan rangkaian Edisi Crispy Istimewa yang menggabungkan perasa unik dan menarik cetusan inspirasi dari Malaysia, Korea dan Jepun.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk dan maklumat terkini Crispy Chocolate, layari laman sesawangnya di https://crispychocolates.com atau ikuti saluran media sosial di Facebook dan Instagram.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI