fbpx

Bakal dipenjara, Marvel pecat Jonathan Majors sebab perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jonathan Majors

PETALING JAYA – Terbukti bersalah menyerang dan mengganggu bekas kekasih iaitu Grace Jabbari, pelakon Jonathan Majors 34, disingkirkan Marvel daripada terus melakonkan karakter adiwira, Kang the Conqueror.

Menerusi kenyataan media, Majors bakal berdepan hukuman penjara atas kesalahannya dalam kes tersebut.

Lelaki tinggi lampai itu mula diperkenalkan Marvel menerusi menerusi filem Ant-Man and The Wasp: Quantumania awal tahun ini selain dijadualkan muncul dalam sekurang-kurangnya dua lagi filem Avengers.

Bagaimanapun, sebaik terbabit dalam kes sedemikian, Marvel mengambil keputusan untuk tidak meneruskan khidmat Majors.

Pada awal Mac lalu, polis berkata mereka menerima panggilan kecemasan di Manhattan dan hasil siasatan awal didapati berlaku pertikaian domestik antara Majors dan Jabbari.

Difahamkan, pergelutan bermula apabila Jabbari bertindak mengambil telefon bimbit Majors yang dilaporkan telah menerima sebuah kiriman mesej daripada wanita lain.

“Jonathan Majors didapati bersalah oleh Mahkamah Jenayah Manhattan dengan kesalahan menyerang tahap ketiga dan gangguan tahap kedua,” kata pihak pendakwa raya.

Aktor itu dilaporkan bakal dijatuhkan hukuman pada 6 Februari tahun depan.

Selain bersama Marvel, pelakon terbabit pernah membintangi beberapa filem besar lain termasuk Creed lll, Lovecraft Country, dan Magazine Dreams. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI