fbpx

Agihan pendapatan ASB dijangka lima peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASB adalah antara dana pelaburan jangka panjang yang menjadi pilihan utama golongan bumiputera menabung. – Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kadar agihan pendapatan bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun 2023 yang bakal diumumkan pada minggu ini dijangka lebih baik dari tahun sebelumnya.

Pensyarah kanan Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia, Prof. Madya Dr. Abu Sofian Yaacob berkata, agihan pendapatan saham amanah itu pada tahun ini djangka sekitar lima hingga 5.5 peratus.

“Ekonomi tempatan baharu sahaja memperlihatkan pemulihan selepas pandemik, jadi kadar agihan pendapatan ASB masih belum mampu untuk kembali kepada paras sekitar tujuh peratus yang kali terakhir disaksikan pada 2018.

“Masih terdapat beberapa isu tempatan yang perlu diatasi mi­salnya kebergantungan kepada buruh luar, saya kira ekonomi kita mungkin memerlukan masa sekitar dua tahun lagi untuk kembali mencapai tahap sebelum ini.

“Meskipun pulangan ekuiti dari luar negara, misalnya di Amerika Syarikat (AS) adalah agak baik, ia juga akan bergantung kepada keadaan global misalnya pe­perangan antara Israel dan Hamas yang mana ekonomi AS di­jangka turut sama terkesan,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Bagi tahun kewangan 2022, kadar agihan pendapatan ASB adalah sebanyak 3.35 sen bersama bonus 1.25 sen untuk memberikan jumlah 4.60 sen seunit, selain terdapat bonus tambahan sebanyak 0.5 sen seunit untuk 30,000 unit pertama bagi setiap pemegang unit.

Selain itu, Penganalisis Eko­nomi Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr, Ahmed Razman Abdul Latiff berpendapat, agihan pendapatan ASB adalah sekitar lima peratus tahun ini.

“Walaupun FBM KLCI belum menunjukkan peningkatan ­prestasi, tetapi pencapaian tidaklah seteruk tahun sebelumnya. Keadaan ini turut disokong de­ngan peningkatan pertumbuhan kadar Keluaran Dalam Negara Kasar( KDNK),” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI