fbpx

Pasangan bertengkar tepi jalan biar anak jatuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Si suami mengheret isterinya keluar dari kereta di jalan raya. - SCMP

BEIJING – Seorang budak lelaki di China diselamatkan oleh orang ramai selepas diabaikan oleh ibu bapanya yang bertengkar di tepi jalan raya, lapor portal berita South China Morning Post hari ini.

Pada 7 Disember lalu, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Porsche berhenti secara tiba-tiba di sebuah jalan raya yang sesak di Hangzhou, timur China.

Seorang pemandu lelaki kemudian keluar dan menuju ke arah pintu belakang kereta lalu menarik seorang wanita serta budak lelaki ke dalam pelukannya.

Pasangan itu kemudian bertengkar sebelum wanita berkenaan menjerit: “Tiada siapa mahu tinggal bersama orang seperti kamu.”

Selepas terjatuh ke atas jalan akibat diheret, wanita itu berdiri, namun dia meninggalkan anaknya yang terbaring di atas jalan.

Kanak-kanak berusia sekitar dua tahun itu didengari menangis dengan kuat semasa ibu bapanya bertengkar.

Seorang lelaki kemudian menghentikan keretanya di tepi jalan lalu membawa kanak-kanak tersebut ke arah kereta pasangan itu. Dia kemudian menegur pasangan tersebut.

Selepas video itu tular dan menerima kritikan di media sosial, lelaki tersebut meminta maaf kepada isterinya dan orang awam. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `404` and content-type is `text/html; charset=iso-8859-1`