fbpx

Batu Belalai Gajah runtuh akibat hakisan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Batu Belalai Gajah mendapat namanya daripada keadaan fizikalnya yang menyerupai belalai gajah. – Pejabat Daerah Ruifang/CNN

TAIPEI – Sebuah lokasi pelancongan popular di Taiwan, Batu Belalai Gajah (Elephant Trunk Rock) runtuh ke dalam laut akibat hakisan ombak dan cuaca, lapor stesen penyiaran CNN hari ini.

Batu tersebut yang mendapat nama disebabkan keadaan fizikalnya menyerupai belalai gajah, telah sekian lama diancam oleh hakisan.

Ia telah ditutup kepada pengunjung sejak 2010.

Seorang profesor di Jabatan Geosains Universiti Kebangsaan Taiwan, Shen Chuan-chou berkata, runtuhan batu itu berlaku secara semula jadi kerana ia sentiasa terjejas oleh air laut dan angin.

Batu Belalai Gajah terletak di jalur sempit tanah yang dipanggil Shen’ao, kira-kira 10 kilometer dari kawasan pelancongan popular, Jiufen di timur laut Taipei. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI