fbpx

Pemandu tampal pelekat lucah dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah lori ditampal dengan beberapa pelekat berbaur lucah.

PETALING JAYA – Tindakan pemandu menampal pelekat dengan perkataan-perkataan berbaur lucah dikecam pengguna media sosial.

Melalui satu ciapan di aplikasi X, seorang pengguna mempersoalkan sama ada pemandu yang bertindak sedemikian sedar bahawa pelekat tersebut boleh dibaca oleh kanak-kanak.

“Brother (abang) lori ini tak tahu ke apa yang dia tampal dekat belakang lori dia ni anak aku boleh baca?,” ciapnya.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna turut meluahkan rasa kurang senang selain berkongsi pengalaman sama apabila terjumpa kenderaan dengan pelekat yang tidak senonoh.

“JPJ tak tahan ke bahan lucah diletakkan di kenderaan untuk tatapan umum?,” soal April.

“Benci pelekat begini. Anak aku pernah ya baca lepas tu tanya kenapa basah. Perosak generasi,” kata Elzee.

“Sepatutnya pemandu yang tampal pelekat begini dikenakan kompaun. Sangat memalukan,” tegas Izz.

“Pilot darat ini bukan boleh ditegur. Dengan pihak berkuasa pun mereka biadab, kalau kita cakap pasal pelekat ini pun mesti dia tak rasa segan,” kata Winiiey.

Sehingga kini, hantaran tersebut telah mendapat lebih 2,000 tanda suka dan lebih 1,000 ulang hantar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI