fbpx

Fahmi ucap takziah kepada keluarga Ibnor Riza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi (kiri) dan Ibnor.

PETALING JAYA – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada keluarga penyanyi popular era 1980-an, Ibnor Riza yang meninggal dunia di Hospital Canselor Tunku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM), hari ini.

Ucapan itu dibuat melalui satu hantaran di aplikasi X, tadi.

“Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Menerima berita sedih hari ini. Salam takziah buat keluarga Allahyarham Ibnor Riza, penyanyi, yang telah meninggal dunia sebentar tadi.

“Semoga keluarga Allahyarham tabah dengan ujian ini. Al-Fatihah,” ciapnya.

Terdahulu, Ibnor ataupun nama sebenar Ibnor Riza Ibrahim sebelum ini kritikal selepas menjalani pembedahan membuang air pada kanan kepala gara-gara kanser limfoma tahap empat yang merebak ke bahagian otak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI