fbpx

Jangan gaduh saja, bantu angkat ekonomi rakyat – PM Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar bersalaman bersama hadirin di Surau Al-Kauthar, Seksyen 4 Bandar Baru Bangi hari ini. - Foto oleh AMIR KHALID / KOSMO!

BANGI – “Jangan dok gaduh saja, tak letih ke,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pimpinan parti politik supaya tidak bergaduh sekali gus bersama-sama membantu mengurangkan beban dihadapi rakyat.

Beliau berkata, banyak perkara yang dibangkitkan terutama daripada pihak pembangkang tidak mempunyai isu, malah sekadar untuk melaga-lagakan.

“Seperti juga yang diuar-uarkan pembangkang soal persempadanan semula. Perkara ini tak pernah bangkit pun. Dia cuma nak laga-lagakan, nak bagi lagi marah. Nak bagi orang Cina lagi marah.

“Perkara ini tidak berbangkit. Dia (pembangkang) tak faham perlembagaan. Perlembagaan membolehkan kita mengkaji semula (persempadanan) hanya pada akhir 2026.

“Dia nak sebuk pasal apa. Carilah modal bantu bagaimana nak angkat ekonomi kurangkan beban rakyat,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Kauthar, Seksyen 4 Tambahan Bandar Baru Bangi.

Anwar berkata demikian selepas ditanya berhubung siasatan polis terhadap kenyataan kontroversi calon Perdana Menteri bukan Melayu oleh veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI