fbpx

Ernie Zakri lebih layak nyanyi lagu Astana – Nadeera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NADEERA menganggap Ernie Zakri lebih layak untuk menyanyikan lagu Astana kerana memang lagu tersebut adalah miliknya.

PETALING JAYA – Penyanyi Nadeera tidak berkecil hati, malah menghormati keputusan Ernie Zakri sebagai penyanyi asal serta komposer bagi lagu Astana, jika dia mahu menarik penyertaan lagu tersebut daripada bertanding dalam Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-38 (SFMM38).

Nadeera atau nama lengkapnya Farah Nadeera Zaini, 30, ketika dihubungi Kosmo! Online berkata, Ernie selaku penyanyi asal dan komposer lagu Astana, mempunyai hak untuk menarik penyertaan lagu tersebut daripada bertanding di SFMM38.

Malah, dia juga bersetuju dan menyokong jika Ernie mahu menyanyikan lagu tersebut yang layak dipertandingkan dalam SFMM38, pada minggu ini.

“Saya setuju. Kalau Ernie mahu menyanyikan lagu tersebut pun saya okay dan sokong. Sebab Ernie adalah penyanyi asal lagu Astana. Malah dia juga komposer untuk lagu tersebut.

“Memang saya akan sokong. Lagi pun saya rasa memang dia orang yang paling layak menyanyikan lagu Astana,” kata Nadeera kepada Kosmo! Online.

Menjelaskan lebih lanjut, bekas juara program Big Stage musim kelima (BS5) itu memberitahu dia cuma diminta oleh pihak syarikat rakaman, Rocketfuel Entertainment menggantikan Ernie untuk menyanyikan lagu Astana di pentas AFMM38, tanpa mengetahui masalah sebenar yang berlaku.

Sebagai penyanyi, Nadeera hanya menjalankan tanggungjawab dan kepercayaan yang diberikan kepadanya kerana beranggapan kedua-dua belah pihak (Rocketfuel dan Ernie) sudah membuat Keputusan selepas berbincang.

“Saya mendapat tawaran daripada Rocketfuel untuk menggantikan Ernie menyanyikan lagu Astana. Bila orang suruh ganti, saya ganti sahaja tanpa mengetahui masalah yang berlaku.

“Sebab pada pemahaman saya, pihak Rocketfuel dan Ernie sudah pun bersetuju dengan keputusan untuk jadikan saya sebagai pengganti.

“Jadi, saya pun bersetuju sajalah dan jalankan tanggungjawab sebagai penyanyi ganti sahaja,” katanya.

Tambah pelantun lagu Ema situ lagi, peluang yang diberikan itu diterima dengan hati terbuka, lebih-lebih lagi ini kali pertama dia bakal menjejakkan kaki ke pentas separuh akhir Muzik-Muzik.

Ketika disoal tentang kecaman yang diterima daripada peminat Ernie, Nadeera berkata mereka (peminat) juga mempunyai hak untuk bercakap apa sahaja.

Kata Nadeera, peminat Ernie juga telah mengundi lagu Astana sepanjang minggu Muzik-Muzik sehingga layak dipertandingkan di separuh akhir.

“Pada saya, mereka (peminat Ernie) juga berhak untuk cakap apa sebab mereka juga yang undi lagu tersebut sehingga layak ke SFMM38.

“Cuma sekali lagi, saya tegaskan bahawa saya betul-betul tidak tahu apa yang berlaku sewaktu ditawarkan sebagai penggant. Apa-apa pun, saya menghormati apa sahaja keputusan yang dibuat,” jelasnya.

Terdahulu, kecoh apabila lagu Astana ciptaan Ernie bersama Omar K, Syamel dan Shazriq Azeman yang dicalonkan dalam SFMM38 tahun ini, digantikan oleh penyanyi Nadeera.

Selepas perkara tersebut tular dan peminat mendesak bekas syarikat rakaman yang pernah dinaungi Ernie iaitu Rocketfuel Entertainment memberi penjelasan, mereka mendakwa Ernie yang memutuskan untuk tidak menyanyikan lagu tersebut dalam SFMM38.

Bagaimanapun, Ernie atau nama lengkapnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 31, mendakwa tidak tahu apabila namanya digugurkan ketika pengumuman 30 lagu yang layak ke SFMM38, baru-baru ini.

Kate Ernie, 31, keputusan penukaran penyanyi untuk lagu berkenaan tanpa sebarang makluman seolah-olah tidak menghormati dirinya sebagai penyanyi asal.

Malah, isteri kepada penyanyi, Syamel itu juga berkata, jika perkara tersebut berterusa (lagu Astana dinyanyikan Nadeera), dia bersama komposer lain terlibat akan menarik diri daripada SFMM38. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI