fbpx

China miliki lebih banyak kedai kopi berbanding Amerika Syarikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang barista menuang kopi ke dalam cawan di Starbucks di Shanghai pada 3 Jun 2022. - Luckin Coffee outlet/Getty Images

BEIJING – China mengatasi Amerika Syarikat (AS) sebagai pasaran kedai kopi berjenama terbesar dunia, demikian laporan portal industri kopi, World Coffee Portal seperti dipetik stesen penyiaran CNN.

Bilangan kedai kopi berjenama di China meningkat sebanyak 58 peratus dalam tempoh 12 bulan lalu mencecah 49,691 cawangan.

Syarikat Starbucks pula membuka 785 cawangan di China sepanjang tempoh itu dan merupakan pengendali kopi berjenama kedua terbesar di negara tersebut. 

Luckin Coffee iaitu syarikat baharu dari China ialah rangkaian kopi terbesar di negara itu dengan lebih 13,000 cawangan.

“Lebih 90 peratus daripada 4,000 pelanggan kedai kopi di China minum kopi panas pada setiap minggu, manakala 64 peratus memesan kopi ais sekurang-kurangnya sekali seminggu,” kata portal itu.

Tambahnya, hampir 90 peratus pelanggan yang ditinjau melawat atau memesan di kedai kopi sekurang-kurangnya sekali seminggu.

China menguasai industri kopi global walaupun menghadapi pelbagai masalah ekonomi sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Rangkaian kopi AS menyasarkan pembukaan 9,000 kedai di China menjelang 2025, jelas portal itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI